image1 image2 image3

HELLO I'M RAFIDAH RAMLI|WELCOME TO MY PERSONAL BLOG|I LOVE TO DO CREATIVE THINGS|I'M EXTRAORDINARY GIRL

Sistem e-baki MARA

Before ni fieda dah share permohonan pengurangan balik pinjaman MARA. This time nak share pasal e-baki pulak. Ramai sangat pengguna MARA yang masih tidak tahu mengenai sistem e- baki MARA.


Sistem e- baki ni lebih mudah dan cepat. Apa-apa urusan dan rekod boleh semak di e-baki. Memang MARA akan hantar surat ke alamat kita tapi mengambil masa yang lama dan kadang-kadang kita sendiri tak ingat dekat mana kita simpan semua dokumen berkaitan. Selalu nak follow up dengan pej MARA pon ambik masa, call kadang no busy, nak pergi cawangan MARA tiada masa. Dengan sistem e-baki kita boleh semak bila-bila masa dan print statement yang kita perlukan dengan mudah.

Sangat senang untuk register account e-baki. Dalam e-baki juga ada nyatakan berapa amount yang kita pinjam, yang kita perlu bayar, dari bila kena bayar, berapa tunggakkan dan tempoh pembayaran. Tunggakkan fieda tu abaikan. Hihihi...


Ni contoh-contohnya. Fieda dapat diskaun bayaran balik so amount perlu bayar balik tak sama dengan amount pinjaman, kalau yang belum atau tak dapat lagi diskaun tu jumlah amount pinjaman dengan amount perlu bayar balik adalah sama. So cepat-cepat register untuk kemudahan sendiri.

Selamat mencuba😉

Share this: