image1 image2 image3

HELLO I'M RAFIDAH RAMLI|WELCOME TO MY PERSONAL BLOG|I LOVE TO DO CREATIVE THINGS|I'M EXTRAORDINARY GIRL

CiNta aTau CiTa ciTa

Selalu kita dengar pasal cinta dan cita cita. Kedua duanya penting dan menjadi keinginan setiap individu. Manusia tidak akan lepas dari pilihan, memilih apa yang terbaik untuk dirinya. Manusia selalu menginginkan yang terbaik untuk kehidupan dan masa depannya. 




Cinta...


"'Cinta' sesuatu yang melibatkan hati dan perasaan. Tiada sorang pun yang nak berseorangan dalam kehidupan. Tetapi cinta tak boleh dipaksa, ia datang dari hati. Mungkin boleh dikawal tapi tak boleh dihalang. Kadang kadang cinta berikan kebahagian tapi cinta juga boleh buat kita derita."

Bila berbicara mengenai cinta terhadap manusia yang berlainan jantina, pastinya banyak hujah-hujah yang akan dilemparkan. Kebaikan serta keburukan semuanya akan terhujah. Apa yang penting, cintai sesuatu itu dengan seikhlas hati kerana jika kita ikhlas tiada apa yang membuatkan kita rasa terbeban tapi membuatkan kita lebih bersemangat melakukan dan menjadi satu yang berharga yang kita tak mahu kehilangannya. Tak percaya? Renungkan :

Bila seseorang yang dikasihi meminta kita berjumpa di suatu tempat, sudah pasti kita akan cari masa dan pergi berjumpanya. Atau contoh paling biasa yang kita sendiri tak perasan, bila suami dan anak anak lapar, isteri segera bergegas masak walaupun dia sendiri letih sama sama baru pulang dari kerja.

Percayalah, seseorang itu akan melakukan segalanya seandainya perasaan kasih dan cinta sudah bersemadi dalam jiwanya. Hinggakan sanggup membelah badai dan menongkah arus, demi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang kekasih. Tetapi cinta seseorang juga boleh pudar/tawar hati jika pasangan itu tidak menghargai segala apa yang telah dikorbankan. Hargai dan terima lah segala kekurangan dan kelebihan setiap pasangan. 

Tak lupa juga, kadang kadang cinta juga menjadikan kita derita, ada salah dan silapnya. Maju lah dan bina lah kehidupan dengan cara lebih baik.

Manakala cita cita pula...

"'Cita cita' sangat penting dimiliki oleh semua orang sebagai matlamat atau panduan kita dalam melangkah. Dengan cita-cita yang ada kita dapat menjadi lebih bersemangat untuk menjadi peribadi yang lebih baik. Setiap manusia pasti memasang angan-angan yakni cita-cita untuk masa hadapan yang lebih sempurna. Manusia yang memiliki cita-cita selalunya pasti berusaha sedaya upaya untuk memastikan cita-citanya tercapai ataupun sekurang-kurangnya berusaha sedaya mungkin ke arah cita-citanya. Tidak kira sama ada seseorang itu berjaya atau tidak, jangan sesekali kita memandang rendah apatah lagi menghina cita cita seseorang kerana cita cita itu juga merupakan impian seseorang itu."

Ya, mungkin ada diantara kita tidak bernasib baik dalam mencapai segala impian/cita cita. Tidak mempunyai pendidikan tinggi, tiada harta, tiada rupa tapi jangan kita lupa nasib seseorang boleh berubah dengan usaha dan kegigihan diri dia. Apa yang penting jangan putus asa, hiraukan pandangan dan cacian orang sekeliling. Kepada masyarakat yang tidak pernah alami apa yang seseorang itu alami cukup lah dengan tidak membantu apa apa jangan lah menjatuhkan individu lain dengan sikap anda.

Pendapat peribadi Fieda, cinta dan cita-cita dua perkara yang berbeza. Tak salah bercinta dan dalam masa yang sama mengejar cita-cita. Walaupun sesetengah orang mengutarakan bahawa cinta dan cita-cita tak boleh seiring seperti pepatah "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran".


Cita-cita yang dikejar tak dapat, cinta yang dikendong pulak berciciran. Ataupun cinta yang dikejar tak dapat, cita-cita yang dikendong berciciran. Hmmm semua tu ada penjelasannya dan bergantung pada individu itu sendiri . Ada sahaja yang dikejar dapat dan yang dikendong tetap kemas malah bertambah utuh dikendongan.

Buktinya ramai yang sedia memikul tanggungjawab sebagai suami isteri malah sebagai ibu bapa ketika masih mengejar cita-cita. Dan kebanyakan mereka lebih berjaya. Sebabnya mereka sudah nampak apa yang mereka perjuangkan, mereka sudah lebih bertanggungjawab untuk keluarga dan mahu yang terbaik untuk keluarga. Mereka mahu cita-cita yang dikejar menjadi sesuatu yang berbaloi untuk cinta mereka, untuk diri mereka. Matlamat hidup mereka sudah lebih nyata.

Cinta dan cita-cita... kena caranya maka seiring dan sejalanlah kedua-duanya tanpa sebarang kerumitan yang serius. Apapun setiap individu punyai penjelasan dan alasan berbeza.

Dan nasihat Fieda kepada yang masih di bawah umur 21 tahun, kejar lah cita cita dahulu baru kejar cinta...

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment