image1 image2 image3

HELLO I'M RAFIDAH RAMLI|WELCOME TO MY PERSONAL BLOG|I LOVE TO DO CREATIVE THINGS|I'M EXTRAORDINARY GIRL

Pengurangan Bayaran Balik Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Dalam dunia sekarang ni tak de orang yang tak berhutang. Tak percaya? u punya pasal.. hahaha.. Zaman sekarang kawin pon buat loan bagi sesetengah pihak,belajar pon kena buat loan, beli aset (kereta, moto, rumah etc) pon buat loan melainkan u all kaya raya/bekemampuan boleh beli cash.. huhu..So, salah satu hutang yang kita boleh mintak diskaun ialah... MARA!!!! haha.. Tapi ada syarat okey.. Bukan senang senang tau MARA nak bagi kalau tepati syarat yang ditetapkan. Ok kat sini ada sikit panduan/cara untuk buat permohonan pengurangan bagi sesiapa yang tak tahu cara nak mohon tu. 

Untuk memohon pengurangan bayaran balik tak susah..

Cara memohon pengurangan bayaran balik MARA



1. Login ke website e-conversion MARA http://apps.mara.gov.my/conversiononline/. 


2. Klik link ni, page kat bawah akan keluar. Isikan I/C dan nombor akaun MARA korang. Nombor akaun MARA boleh check dekat E-Baki MARA

3. Isikan maklumat dan upload dokumen yang diminta dan klik hantar.



4. Selepas tekan butang hantar, download borang permohonan. Borang ni kena hantar bersama-sama dengan Transkrip dan Skrol yang disahkan je ke pejabat MARA. Kalau malas nak pergi atau tak berkesempatan nak pegi boleh pos. Guna pos laju pun tak pe.



Bentuk borang permohonan yang di download



5. Selepas 30 hari boleh call follow up tentang status permohonan dan dokumen yang kita submit tu telah diterima tau belum. Sebab kadang kadang tak sampai, maklumlah pej MARA tu sebuah department yang besar ye u all. Tapi Fieda punya permohonan lepas 6 bulan baru approved. Feeling 'sebuah penantian yang sangat berbaloi' Hehehehehehhehe

Selesai...

Keputusan permohonan pengurangan bayaran balik MARA

Alhamdulillah, setelah sekian lama menunggu. Permohonan pengurangan berjaya. Daripada RM36k++ kepada lebih kurang RM7k++. Terima kasih MARA kerana telah merealisasikan impian saya.

Kalau ada rezeki sambung belajar dan MARA masih menawarkan sistem pinjaman boleh ubah seperti sekarang, InsyaAllah Fieda pinjam lagi. Kahkahkah..

Memandangkan bermula 7 April- 31 Disember 2016 MARA menawarkan insentif 50 tahun MARA, jadi boleh la minta pengurangan lagi. Relex.. Jangan risau walaupun insentif 50% dah tutup sistem e conversion still available until now if anyone yang nak apply.


Setakat ni, ini sahaja yang dapat Fieda share untuk pengguna pinjaman pembiayaan pelajaran MARA.. Sekali lagi thank you so much MARA..haha.. Bye..

Share this:

CONVERSATION

2 comments:

  1. salam. masa nak buat pengurangan kan, kena bayar rm300. mcm mana cara pembayaran tu..

    ReplyDelete
  2. Byr ke pjbat mara yg brdekatan sja

    ReplyDelete