image1 image2 image3

HELLO I'M RAFIDAH RAMLI|WELCOME TO MY PERSONAL BLOG|I LOVE TO DO CREATIVE THINGS|I'M EXTRAORDINARY GIRL

Property Management / Pengurusan Hartanah

Pejam celik pejam celik sampai tak terasa sangat cepat masa berlalu.. Masa yang dah berlalu tak mungkin kita dapat kejar kembali.. Kan.. Mungkin di masa lalu ada salah silap, atau perkara yang dapat mematangkan diri kita untuk masa akan datang. Dah masuk tahun baru ni moh la kita buka buku baru ye . Tapi Fieda nak throwback sikit zaman zaman study dulu.. Kihkihkih...

Fieda dulu masa sekolah rendah dekat SK Sultan Abdul Aziz Kg Kuantan, Sel dan SRA Kg Kuantan, Sel. Habis sekolah rendah terus masuk SMK Sultan Abdul Aziz Kuala Selangor. Sementara nak tunggu result keluar sempat la kerja merata.. Tapi last kerja dalam macam macam tukar tempat kerja, kerja pizza hut. Tak pasal pasal kenal sorang bff dari sungai gulang gulang a.k.a piyee. Kita orang sama sama tengah tunggu result SPM, dalam masa yang sama kita orang saja cuba cuba apply tempat study.. Tah macam mana apply kat University College Shahputra (UCSA) tetiba dua dua dapat, kena daftar & lapor diri hari yang sama... So, pe lagi segera la kami berhenti dari pizza hut dan kami 2 family pergi UCSA di Kuantan tapi sekarang dah bertukar kepada Widad College.. Hahaha.. pak cik sorang tu die sah sah la ambik course property management and awak ni ambik course nursing under UITM. Before dapat masuk course ni kena hadap dulu interview dengan panel dari lecturer tak silap. Seminggu je dapat masuk class nursing before tukar course. Masa ni dapat kawan dengan zura dari jengka.

Kenapa Fieda tukar course?
Ni jawapan yang Fieda rasa kukuh..huhu..lepas je seminggu masuk class nursing dapat pulak tau kos yuran pengajian boleh tahan mahal, mana tak nya, course yang melibatkan medical memang mahal tak kira la IPTA ke IPTS ke lebih kurang je. Walaupun PTPTN disediakan tak sanggup rasanya, baru diploma kot da banyak buat loan PTPTN nanti mana la tau de rezeki nak sambung degree da bape riban pulak loan belajar sahaja, lagi pon memandangkan kemampuan keluarga pon tak beberapa strong. So fikir punya fikir last last tukar course property management sebab pilih course ni, course property management je rasanya yang menarik di hati dan yakin boleh go on sebab course lain under UITM kebanyakannya semua medical, business, office management la bagai tak berkenan di hati. Under UTM pulak cuma ada arkitek, account, multimedia, quantity survey dan property management. Nak ambik arkitek atau multimedia memang tak la. Sedar diri ni bukan seorang yang kreatif, account dan quantity survey pulak oh my god 99% number and matematik so ambik la course ni property management dan alhamdulilah dapat loan MARA.. Yang tak boleh belahnye zura pon tukar course property.. Kahkahkah...

Apa Property Management ni?
Okey property management atau nama lainnya Real Estate Management dalam bahasa melayu nye pengurusan harta tanah. Bidang ini di kawal selia oleh Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen hartanah (LPPEH) so jangan risau course ni menjamin masa depan anda. Cumanya rezeki masing masing berbeza.. Itu kena percaya pada ketentuan Allah.. 


Dulu pun Fieda tak tahu langsung mengenai course ni..Part paling blur, first class kena lukis 'apa yang anda faham dengan course property management ni' ayat something like that dari lecturer Mr S.. ambik.. Dalam hati pe bende ni.. Course ni kena buat rumah ke, pelan ke, ke ukur tanah.. Sebab nama lain bagi course ni ialah Real Estate Management, ke nanti abis belajar kena jage estate! haha.. No no no.. Bukan ye..

Secara umumnya kursus ini adalah berkaitan dengan sektor harta tanah yang mana melibatkan kerja-kerja menilai untuk tujuan jual beli tanah, pengiraan cukai seperti cukai pintu, cukai keuntungan, cukai setem dan sebagainya. Ia juga berkaitan dengan pengurusan harta tanah yang meliputi pengurusan penyewaan, pemasaran dan penyelenggaraan bangunan seperti menguruskan kompleks membeli belah (Shopping Complex), ruang pejabat (Office Space), rumah kedai serta bangunan yang lain.

Graduan Diploma Pengurusan Harta Tanah (DDF) dibekalkan dengan ilmu-ilmu teori yang meliputi bidang penilaian dan pelaburan harta tanah, pengurusan harta tanah dan juga agen harta tanah yang membolehkan mereka menjadi golongan profesional iaitu penilai, pengurus harta dan juga agen harta tanah. Graduan juga berupaya untuk memberikan khidmat nasihat kepada pelabur-pelabur harta tanah dalam membuat pemilihan jenis harta tanah yang boleh mendatangkan aliran pendapatan yang menguntungkan dan seterusnya meningkatkan nilai harta tanah.

Kerjaya dalam course property management?
Pekerjaan disektor swasta dan awam sebagai:

  • Penilaian Harta Tanah 
  • Kajian Kemungkinan & Pembangunan Tanah 
  • Pengurusan dan Pentadbiran Harta Tanah
  • Agensi Harta Tanah 
  • Pelelongan 
  • Pengurusan Projek 
  • Pelaburan Harta Tanah 
Okey, clear tak apa tu property management? Ala relex la.. Jangan la pening pening.. Fieda pon bila da 1 sem berlalu baru la faham, baru la bertambah minat sikit course ni. Sem ni dapat sama class dengan pak piyee dan dapat lagi 5 bff baru (tini, zaty, kak sha, fatimah, iffa) dari coursemates yang sama, bff dari lain course (effa) roommates dari course OM, kawan sejati dari sem 1 sampai sem last kekal sebelah katil.. Huhu... Hari berganti hari sedar sedar dah habis study.. Alhamdulilah grad on time walaupun tak plan nak ambik course ni.. Ni la salah satu kes tak kenal maka tak cinta! Dan apa yang kita rancang tak sama dengan apa yang kita dapat.. Hihi.. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal course ni atau apa yang Fieda cuba sampaikan tak jelas boleh view mana2 website ok.

After Fieda habis study dapat peluang kerja dekat Million Leap Properties (MLP), dekat dengan rumah sepupu yang banyak membantu mase praktikal stay kat rumah sepupu ni la.. Banyak dapat belajar kat sini. Lama tak lama jugak 8 bulan cari rezeki kat sini. Nak buat macam mana rezeki kat MLP setakat 8 bulan je... Bertukar la ke tempat lain.. Macam macam tempat kerja cuba tapi last last serasi dengan Zuree Noor Property Consultant sampai la sekarang.. Haha.. Sekarang masih belajar dan masa untuk pulun semua knowledge and experience. Ilmu belum penuh di dada lagi ☺ Apa yang Fieda nak highlight kat sini kepada semua graduate jangan memilih/demand sangat dalam cari kerja. Kadang kadang kita kena muhasabah diri, kita baru nak masuk alam pekerjaan jangan terlalu memilih. Grab je dulu experience walaupun dapat job lari dari apa yang kita study dulu. Macam tak biasa dengar belajar bidang lain kerja bidang lain.. Haha.. Zaman sekarang bersepah ok kes macam ni disebabkan kegawatan ekonomi macam ni kalau keluar keluar terus nak jadi CEO ala ala drama melayu tu lupakan seketika ye. Tapi alhamdulilah Fieda masih dapat job dalam property jugak. 


Kepada pelajar pelajar yang baru habis SPM tu boleh start da fikir dan pilih course apa yang nak ambik.. Masa tak tunggu kita ye. Jangan buang masa dengan enjoy every time.. 

Anyway, whatever u all going to do good luck.. ^_^

Share this:

CONVERSATION

13 comments:

  1. Kak. Nak tahu lebih lanjut tentang ni boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berminat Menjadi Real Estate Negotiator (REN) ? boleh layari www.irealty.my

      Delete
  2. Boleh tahu subjek property management kena belajar apa? Ada kira2 x ke teori je?

    ReplyDelete
  3. susah wehh banyak kira2 n formula kena hafal,, bdx matrik n addmatch pun pening apalagi dak2 stpm yg menghafal.. bertabah je laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. serius aaaa???😰i got this course

      Delete
    2. Matematik yg dia guna, matematik mudah just kne faham concept n formula je. Insyaallah boleh buat. Stkat ni dh 5 sem blaja, ok lagi... Janji bnyak buat latihan confirm boleh jwab final. Cuma yg sakit nk hafal law tu la.. Bgi sya la...

      Delete
  4. Sekarang kak fieda kerja sebagai apa dan gaji berapa?

    ReplyDelete
  5. Beri 5 sebab kak fieda tak nyesal amik course ni?

    ReplyDelete
  6. Saya dalam bidang ni pengurusan harta tanah, skrang dh masuk sem 5😁.. Bidang ni memang best😎

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bole tak saya nk tanya sikit pasal bidang ni

      Delete
  7. Peluang pekerjaannya nnti luas kah kak?

    ReplyDelete
  8. Akak,Sy nk tnya Klau stpm amik sub geo&eko boleh ke amik course nie ? Ade peluang ke nk dpt

    ReplyDelete
  9. Casino in Las Vegas - JTG Hub
    JTG has expanded 창원 출장샵 its operations and the casino features 부산광역 출장안마 more than 150 slots. It also owns 하남 출장안마 the Las Vegas Sands Corp. 군산 출장안마 and  Rating: 4 · ‎2 상주 출장샵 reviews · ‎Price range: $$

    ReplyDelete