image1 image2 image3

HELLO I'M RAFIDAH RAMLI|WELCOME TO MY PERSONAL BLOG|I LOVE TO DO CREATIVE THINGS|I'M EXTRAORDINARY GIRL

Cuci Tandas

Haaaaaaa 😔 stressnya tengok tandas da comot. Nak tak nak kena juga gagahkan diri mencuci dengan kudrat yang tak seberapa nak rajin ni. Before misi berlangsung turn on radio dulu sampai 1 blok dengar. Kikiki...

Mood nak mencuci da ada tapi clorox pula tak ada. Aiiiihhh bertambah la muncung di bibir. Nak keluar lagi pergi kedai kemain lagi malas, mana taknya baru balik kerja penat pon tak hilang lagi. Pakai je la ape yang ada. Jeng jeng jeng nasib baik ada daia 2 in 1 basuh baju boleh basuh tandas pon boleh. Tapi sekse la nak menyentalnya ini la punca berjam jam dalam tandas tu. Lama sangat da sakit mata memandang dinding dinding tandas ni. Dulu 3 @ 4 orang guna pon sorang pon tak de yang volunteer nak mencuci sampai la awak sorang yang menggunakan sepenuhnya tandas ni memang awak je la yang mencucinya. Nak guna tandas pon tak selere bila kotor. Ok lupakan perkara yang lepas ye! Bebel je pon tak bekilat tandas ni. Huhu... Gosok punya gosok mandi peluh kita dalam tandas belom mandi lagi, pinggang pon rasa macam nak tercabot dah.

2 jam kemudian... Wahh bersinar sinar macam dalam iklan pencuci cif dalam tv la. Bila da bersih sayang pulak nak guna tandas ni. Macam ni punya perangai pon ada. Kahkahkah...

Biasanya memang guna clorox dengan sabun untuk mop lantai atau pon sabun cuci baju je. Tak penah lagi guna sabun khas untuk cuci tandas sebab musababnya malas nak beli banyak banyak sabun, semak tak de tempat nak letak. Ok la nak berehat dulu meluruskan badan. Sesiapa yang ada tips lagi berkesan jangan segan segan share tips anda kat ruang comment fieda ye.😁

Share this: