image1 image2 image3

HELLO I'M RAFIDAH RAMLI|WELCOME TO MY PERSONAL BLOG|I LOVE TO DO CREATIVE THINGS|I'M EXTRAORDINARY GIRL

Period Tak Teratur

Salah 1 masalah perempuan adalah "period". Kerap datang period pon masalah, lambat datang period pon masalah, tak datang period lagi masalah. Very complicated. And now first time sebulan fieda tak period dan lewat period. Maksud period lewat kat sini bukan biasa biasa dan lewat yang diluar normal. Lewat 3 atau 4 hari tu still normal tapi masuk 1 minggu atau 2 minggu tu dah tak senang hati da. Letak tepi possibility pregnant because still not married ok senang cerita untuk anak anak dara gitu tapi lebih kepada risau kot kot ada pape penyakit je yela zaman sekarang banyak faktor penyakit berpunca daripada pemakanan, cara hidup, persekitaran, macam macam la. Puas tanya kawan kawan yang ada pengalaman pernah atau tidak mengalami masalah yang fida alami. Rupa rupanya ada juga yang pernah alami dan bagi beberapa nasihat. Tapi selain tu tetap juga hati ni nak jumpa doktor untuk dapatkan kepastian. Info ni fieda dapat dari nasihat dokter di klinik swasta. Bukan reka reka okey.

Jom kita tengok apa punca punca yang mempengaruhi period tak teratur atau period lewat :
  • Stress
  • Sakit. Jika anda sakit yang agak serius atau memang serius, Kemungkinan period anda lewat dan tak normal. Oleh kerana badan yang lemah. Tapi biasanya ia sementara. Sebaik sembuh insyaallah period normal kembali normal.
  • Perubahan aturan hidup anda. Contohnya biasanya anda bekerja pagi hingga petang. Tapi tiba-tiba anda terpaksa kerja hingga lewat malam. Badan dan emosi anda akan terganggu. Kuantiti hormon yang terhasil jugak terganggu. 
  • Pengambilan ubat/herba tertentu. Jika anda ambil ubat atau herba baru, ia akan mengakibatkan period anda lewat. Oleh itu, kalau perlu ambil ubat sesuatu, dapatkan nasihat doktor anda akan kesannya terhadap period cycle anda. 
  • Overweight
  • Terlalu kurus. 
  • Terlebih exercise. Bagi perempuan yang aktif sukan maksudnya atlet, penari, swimming dan apa-apa aktiviti yang lasak, ia boleh menyebabkan period anda lewat dan tak normal. 
  • Anoreksia dan bulimia. Penghidap anoreksia dan bulimia mengalami adalah sejenis penyakit mental berkaitan pemakanan. Mereka terlalu obses untuk kurus sehingga ada yang terus mengurangkan makanan atau cenderung untuk memuntahkan semula makanan yang diambil. 
  • Masalah hormon

Selain tu, warna darah haid juga boleh menunjukkan tahap kesihatan tubuh badan kita.

Merah muda

Sedang mengalami anemia atau kekurangan darah. Tetapi, jika dalam masa subur dan sudah berkahwin, ini adalah tanda kehamilan muda. Sel telur yang sudah dibuahi dan melekat di dinding rahim ini boleh menyebabkan sedikit pendarahan pada wanita, jangan bimbang ya.

Merah terang

Dalam keadaan yang sihat. Dinding rahim melebur dalam kelajuan yang normal dan selepas haid habis, tiada darah yang tertinggal di dalam rahim. Yang perlu diperhatikan adalah jika selama 8 hari atau lebih dengan warna darah seperti ini perlu segera membuat pemeriksaan diri ke doktor.

Merah tua

Pada hari kedua dan ketiga, darah yang keluar sudah seperti paip bocor yang tidak berhenti-henti. Mungkin ada gumpalan merah tua yang keluar dalam masa 2-3 hari ini. Jangan panik, semua ini sebenarnya normal kerana rahim sedang bekerja untuk mengeluarkan gumpalan tersebut. Jika terus berlanjut hingga hari ke-4 dan seterusnya, berkemungkinan rahim ada tumor dan harus segera berjumpa doktor. Jika ada gumpalan darah berwarna kelabu, anda mungkin sedang mengalami keguguran.

Merah jingga

Jika darah haid berwarna merah jingga, haruslah memperhatikannya kerana ini adalah darah dari leher rahim yang bercampur dengan darah dari tubuh (tidak membahayakan tubuh). Tapi, berkemungkinan adalah tanda awal dari jangkitan faraj yang merubah warna darah haid. Tanda lain adalah baunya tidak sedap. Jika ada beberapa tanda ini, teruslah berjumpa doktor.

Coklat tua

Kalau ada warna coklat tua seperti ini, anda harus lebih berhati-hati. Darah yang ada itu beku kerana peredaran darah yang berjalan ke arah rahim terlalu panjang. Jangan bimbang, anda hanya perlu pergi ke doktor dan meminta rawatan untuk melancarkan peredaran darah sahaja. Tapi jika warna darah berwarna kuning, berkemungkinan ada jangkitan pada bahagian rahim dan harus segera berjumpa doktor.

Selain warna haid, ada 3 perkara lain yang perlu juga diperhatikan seperti berikut :

Jumlah darah yang banyak

Jika darah haid keluar cukup banyak, tidak perlu bimbang, semuanya itu normal kerana rahim mengeluarkan sel telur yang tidak disenyawakan. Tapi jika hingga terpaksa menggunakan lebih dari 5 tuala wanita dalam sehari, perlulah segera memeriksa ke doktor.

Darah haid sedikit

Seharusnya mengeluarkan darah cukup banyak pada hari pertama dan kedua, tetapi darah yang keluar malah sedikit dan berwarna coklat muda, mungkin ini disebabkan oleh hormon yang tidak lancar. Mungkin berlaku pada bulan-bulan awal kehamilan, selain itu, tiada perkara yang perlu diperhatikan.

Tiada haid sama sekali

Segeralah berjumpa doktor. Jangan tunggu hingga semuanya terlambat. Ada beberapa kemungkinan yang boleh menyebabkan tidak datang bulan, salah satu alasannya adalah sedang hamil. Tapi ada juga kemungkinan lain seperti perubahan berat badan yang terlalu cepat ataupun terjangkit suatu penyakit. Namun, jika sedang stress, haid bulan juga boleh terjejas.


Masalah period ni serius buatkan diri jadi stress. Kepada gegirl gegirl di luar sana jaga diri baik baik ya. Kalau bukan kita jaga dan sayang diri kita sendiri sapa lagi. Kan..

Okey so far ni je dulu fieda dapat share. Next time if ada perkara baru fieda share lagi ok. Bye.

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment